Sunday, 30 November 2014

TUGASAN 2

 
TUGASAN 2

ULAM-ULAMAN

NAMA : HELEN ANAK TUAH
NO MATRIK : D20102040211
NAMA PENSYARAH : CIK NUR AMILIN BINTI ABD HALIM

PENGENALAN

MAKAN ulam baik untuk kesihatan. Ayat itu sudah biasa didengar, tetapi tidak semua mengetahui akan khasiat sebenar yang terselindung di sebalik ulam-ulaman yang banyak dijual di Pasar. Dahulu, ulam mungkin hanya terkenal di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung. Tetapi, kini hidangan ulam-ulaman semakin digemari warga kota termasuk masyarakat bukan Melayu, malah turut menjadi antara hidangan wajib di hotel-hotel terkemuka. Ulam adalah sayuran atau tumbuhan yang dimakan mentah atau sekadar dicelur iaitu direndam sekejap di dalam air panas. Ada juga sesetengah ulam perlu direbus terlebih dahulu, baru sedap dimakan seperti ulam pucuk ubi. Biasanya ulam dijamu bersama sambal belacan, budu atau cencaluk untuk dimakan bersama nasi.  Ulam diambil daripada pelbagai bahagian sesuatu pokok atau tumbuhan yang boleh dimakan, antaranya pucuk, daun, biji, buah, ubi dan kadang-kadang bunganya. Ada antara ulam cukup popular dan mudah didapati di pasaran seperti rebung, cekur manis, jering, petai, ulam raja dan sebagainya. Sementara ulam beluntas, pucuk betik, pucuk kadok dan pucuk gajus antara ulam yang sukar dicari, malah ia juga kurang dikenali walaupun dalam masyarakat Melayu itu sendiri. Ulam dikatakan mempunyai banyak khasiat sebab ia dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Justeru, kandungan galian seperti mineral dan vitamin utama iaitu kalsium, fosforus, zat besi, natrium, kalium yang terdapat dalam ulam tidak dimusnahkan oleh haba. Selain itu, ulam juga dikatakan membekalkan serat yang amat diperlukan oleh sistem penghadaman manusia. Serat memainkan peranan sebagai pengisi pada bahan buangan dan memudahkan perkumuhan.  Antaranya, ulam pegaga yang telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir di kalangan kanak-kanak serta dikatakan dapat membantu peredaran darah dan meningkatkan kesihatan kulit. Kangkung pula sejenis sayuran yang murah dan mudah diperoleh kerana tumbuh secara meliar di tepi-tepi sumber air, dikatakan dapat membantu mengurangkan kesakitan penyakit buasir, sakit kepala dan boleh digunakan untuk melebatkan rambut.  Jering pula didapati mengandungi banyak zat, antaranya protein, lemak, karbohidrat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C. Biarpun rasanya pahit dan berbau, ia juga dikatakan menjadi penawar kepada pesakit kencing manis. Sementara petai juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus. Kandungan lain yang ada dalam petai adalah karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C .Khasiat petai bergantung kepada umur dan kesegaran biji petai tersebut. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat, dikatakan kurang mempunyai kandungan khasiat yang tinggi. Biji petai dikatakan berkesan merawat penyakit jantung, kencing manis, mencuci buah pinggang dan untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan. Disebabkan khasiat yang terselindung, ulam-ulaman diminati ramai biarpun rasanya pahit dan baunya busuk. Sebolehnya, jadikanlah ulam sebagai makanan wajib dalam hidangan kerana selain ia mampu membuka selera, turut 'dijamu' khasiatnya yang tinggi tidak kira dari segi pemakanan mahupun perubatan. Untuk itu, para petani perlu memainkan peranan menanam pokok-pokok ulam secara komersial bukan hanya mengharapkan ia tumbuh melata di hutan atau kebun mereka





 
Nama ulam : Pegaga
Nama saintifik : Cantella Asiatic
Khasiat :
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India.

Cara penggunaan:
Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.

 
 

 

Nama ulam : Tomato
Nama saintifik : Solanum lycopersicum
Khasiat :
Warna merah itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Selain mempunyai kebaikan antioksidan, makanan yang mengandungi likopena itu juga boleh mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan penyakit jantung.Hasil kajian pakar penyelidik asing mendapati bahawa kandungan likopena begitu tinggi dalam pes tomato, sos tomato dan jus tomato. Kandungan airnya yang tinggi, lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.
Cara penggunaan:
Tomato boleh dimakan mentah dan jadikan ulaman ataupun diperah menjadi jus.
 


 
Nama ulam : Petai
Nama saintifik : Parkia speciosa
Khasiat :
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C. Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan
Cara penggunaan:
Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.









Nama ulam : Jering
Nama saintifik : Archidendron jiringa ( Jack ) Nielsen
Khasiat :
 Biji - mengandungi air, protein, karbohidrat, abu, lemak, gentian, asid jenkolik, serat, kalsium, fosforus, vitamin A, B dan C, minyak (mengandungi belerang, alkaloid yang melawaskan buang air kecil). Pucuk - mengandungi karbohidrat, alkaloid, serat, air, mineral dan vitamin. Dikatakan biji dan daun muda dimakan bagi merawat penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, lawas buang air kecil serta besar, dan tiada selera makan
Cara penggunaan:
Direbus terlebih dahulu ataupun di makan mentah bersama dengan sambal belacan.

 
 
Nama ulam : Timun
Nama saintifik : Cucumis sativus
Khasiat :
Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak. Timun juga dapat mengubati penyakit disesteri iaitu keluar darah semasa membuang air besar.
Cara penggunaan:
Timun atau Mentimun (Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur-sayuran dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga dalam masakan.



Nama ulam : Ulam Raja
Nama saintifik : Cosmos caudatus
Khasiat :
Ulamnya yang digelarkan "ulam raja" telah digunakan secara tradisi untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk menguatkan tulang. Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.

Cara penggunaan:
Ulam Raja adalah sejenis spesis bunga intan berayun yang berwarna unggu atau kuning dan berbunga kecil. Manakala pokok bunga yang berwarna kuning jarang digunakannya sebagai ulam, yang berwarna unggu merupakan sayuran ulam yang amat popular dimakan mentah bersama nasi atau di cicah dengan budu, sambal belacan atau tempoyak serta cincalok.



Nama ulam : Kacang Panjang
Nama saintifik : Vigna sesquipedalis (L.)
Khasiat :
Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandungi serat dan enzim yang boleh membantu menurunkan berat badan.
Cara penggunaan: Kacang panjang merupakan tumbuhan yang dijadikan sayur atau ulam. Ia tumbuh dengan cara memanjat atau melilit. Bahagian yang dijadikan sayur atau ulam adalah buah pokok tersebut.




Nama ulam : Peria Katak
Nama saintifik : Momordica charantia.
Khasiat :
Peria Katak juga mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional di sekeliling dunia, serta berpotensi untuk merawat jangkitan HIV. Dalam perubatan Ayurveda India, Peria Katak sering diperlihatkan sebagai sejenis "insulin tumbuhan" dan oleh itu, amat disyorkan untuk pesakit kencing manis. Di Filipina, Teh Peria Katak digunakan dengan amat berjaya untuk merawat kencing manis dan kawalan gula darah bagi orang miskin.Rasa pahit Peria Katak datangnya daripada kandungan kuinin yang tinggi dan secara kebetulan, telah dianggap oleh orang-orang Asia, serta Panama dan Columbia, sebagai bahan untuk mencegah dan merawat demam malaria.
Cara penggunaan: Peria katak boleh dimakan mentah dengan dicampurkan menjadi kerabu ataupun dicelur terlebih dahulu untuk mengurangkan rasa pahit dan dijadikan ulaman.



 


Nama ulam : Lengkuas
Nama saintifik : Alpinia Galanga
Khasiat :
Selain menyedapkan masakan, lengkuas juga mempunyai khasiat untuk menambahkan selera makan, membersihkan darah, mencairkan kahak dan merangsang otot. Justeru, ia banyak dijadikan sebagai salah satu bahan dan jamu serta ubat untuk menguatkan tenaga.Lengkuas juga mengandungi sejumlah antioksidan membantu meminimumkan kerosakan disebabkan radikal bebas dan racun lainnya dalam tubuh.Keistimewaan lain rempah ini ialah mengandungi minyak atsiri berfungsi sebagai antibakteria dan antimikroba. Bahan ini membuat lengkuas menjadi pengawet semula jadi masakan.
Cara penggunaan:
Justeru, rupa bentuk dan rasanya hampir sama dengan halia. Kegunaannya sama seperti halia - ditumbuk, dihancurkan atau diracik halus dan dihiris nipis. Rasa pedas juga seakan-akan halia dan lada. Bagi masyarakat iban umbut lengkuas dijadikan sebagai ulam dan dimakan dengan sambal belacan.

 




 
Nama ulam : Kunyit
Nama saintifik : Curcuma longa
Khasiat :
Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit.  Daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

Cara penggunaan: Daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.








Nama ulam : Kubis Bulat
Nama saintifik : Brassica oleracea
Khasiat :
Sayur ini mengandungi belerang atau sulfur, iaitu sejenis zat galian yang penting untuk kesihatan. Kobis bukan sahaja berkesan untuk mengubati penyakit ulser dan barah malahan juga berkesan untuk mengubati masalah–masalah lain di usus. Kobis yang kaya dengan kalsium, fosforus, zat besi, sodium, potasium dan vitamin A, B- Kompleks dan C dapat meredakan masalah di bahagian perut dan hati seperti yang dialami oleh mereka yang lali arak. Kompaun belerang dalam kubis dapat menghindarkan pengeluran carcinogen, sejenis bahan kimia berbahaya dalam tubuh badan. Amalan memakan kobis dapat menghalang carcinogen daripada bergabung menjadi sel-sel darah. Selain itu asid amino yang mengandungi belerang dalam kubis juga bertindak menurunkan paras kolestrol , meredakan saraf dan menenangkan fikiran dan sekaligus membantu seseorang itu tidur dengan selesa pada waktu malam.
Cara penggunaan:
 Dimakan mentah bersama sambal belacan seperti ulam yang lain.

 


Nama ulam : Kangkung
Nama saintifik : Ipomoea aquatica Forsk
Khasiat :
Kangkung memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi. Selain mengandungi vitamin A, B1, dan C, kangkung juga mengandungi protein, kalsium, fosforus, zat besi, karotena, dan sitosterol. Secara perubatan, kangkung berperanan sebagai antiracun (antitoksik), antiradang, pelawas kencing (diuretik), menghentikan perdarahan (hemostatik), dan sedatif (ubat tidur)
Cara penggunaan:
Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, kangkung pucuk muda adalah lebih digemari. Ia boleh dimakan mentah (seperti kerabu) atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.






Nama ulam : Kacang Botol
Nama saintifik : Psophocarpus tetragonolobus
Khasiat :
Kacang botol muda mempunyai banyak kalsium,besi dan vitamin A.  Mempunyai banyak protein. Daunnya mempunyai 5-7% protein, vitamin A, vitamin C dan garam galian. Kandungan asid amino kacang botol adalah sama dengan kacang soya. Kacang botol dapat mengubati serangan demam campak. Akar kacang botol dapat mengubati penyakit vertigo. Air bancuhan daun kacang botol dapat digunakan untuk mencuci mata yang bengkak dan bisul yang bernanah. Daun kacang botol ini juga boleh dimakan untuk mengubati ulser kulit. Mengandungi 30% kandungan karbohidrat.
Cara penggunaan:
 Dijadikan ulam-ulaman dan dimakan mentah.

 




Nama ulam : Halia
Nama saintifik : Zingiber officinale Roscoe
Khasiat :
Halia dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar. Ubat-ubatan dari halia juga dikatakan boleh mengawal beberapa penyakit seperti deman, batuk, migrin, sakit gigi, sakit tulang, sengugut dan sesak dada. Halia juga bersifat karminatif, stimulant dan pembunuh kuman jika diambil sebagai ubat. Penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik Universiti Michigan yang diterbitkan di American Association of Cancer Research menunjukkan bahawa halia mampu membunuh sel barah.
Cara penggunaan:
Halia boleh diproses untuk pengeluaran minyak dan hasil ekstrak. Bahan aktif dalam ekstrak halia ialah gingerols dan oleoresin. Minyak halia boleh dijadikan bahan perisa minuman buah-buahan, konfeksionari, kosmetik dan ubatan. Selain daripada penggunaan itu halia juga boleh dijadikan ulaman. Jarang sekali diketahui yang bunga halia dan daun halia muda boleh dijadikan ulaman dan rasanya sangat sedap.
 



Nama ulam : Tenggek Burung
Nama saintifik : Euodia Redleyi
Khasiat :
Merawat darah tinggi. Mengecutkan rahim bagi ibu yang baru lepas bersalin dan menghilangkan lenguh-lenguh badan.
Cara penggunaan: Pucuk muda boleh dimakan mentah.






Nama ulam : Beluntas
Nama saintifik : Pluchea indica.
Khasiat :
 Merawat kencing manis dan melegakan sakit kepala.
Cara penggunaan: Pucuk dijadikan ulam mentah.
 

 

Nama ulam : Pucuk dan bunga betik
Nama saintifik : -
Khasiat :
 Sedap untuk dijadikan kerabu dan sebagai bahan menurunkan tekanan darah serta berfungsi untuk mencuci buah pinggang.
Cara penggunaan:
Dicelur dan dijadikan ulaman. Ianya juga boleh dijadikan kerabu.

 




Nama ulam : Pucuk mengkudu
Nama saintifik : -
Khasiat :

  • Antioksida

  • Mengawal batuk dan demam

  • Elok untuk wanita bersalin

  • Mencuci darah kotor dalam badan

  • Segarkan tubuh
Cara penggunaan: Dijadikan ulaman dan kerabu.




Nama ulam : Pucuk gajus
Nama saintifik : Anacardium occidentale
Khasiat :
Menyelesaikan masalah penghadaman. Melawaskan kencing dan buang air besar Aliran darah menjadi sempurna.
Cara penggunaan: Dimakan mentah




Nama ulam : Buah kedondong
Nama saintifik : Spondias cytherea
Khasiat :
Mengandungi vitamin C dan zat besi baik untuk pembentukan heamoglobin dalam darah dan molekul sitok
Cara penggunaan:
Dimakan secara mentah dan dibuat ulam. Selain itu ia juga boleh dijaddikan jeruk dan dibuat kerabu.



Nama ulam : Mengkudu kecil
Nama saintifik : Morinda Elliptica Ridl
Khasiat : Bahan penguat tenaga.
Cara penggunaan: Dicelur dan dijadikan ulam.
 
 

Nama ulam : Buah nangka muda
Nama saintifik : Artocarpus heterophyllus
Khasiat : Sumber karbohidrat Tambahan
Cara penggunaan:
Direbus dan jadikan ulam yang dimakan bersama sambal belacan.

 



 



Nama ulam : Bebuas
Nama saintifik : Premna Spp
Khasiat :
Membantu pengeluaran susu ibu, merawat badan berangin dan juga lemah tenaga batin.
Cara penggunaan: Dicelur dan dijadikan ulam serta dijadikan sayur.
 



 

Nama ulam : Mangga muda
Nama saintifik : MurrMangifera indica L
Khasiat : Mencegah kanser, menurunkan kolesterol dan juga bahan menyihatkan mata.
Cara penggunaan: Dijadikan ulam, dibuat jeruk dan boleh dijadikan kerabu.
 


 

Nama ulam : Putat Kampung
Nama saintifik : Barringtonia racemosa.
Khasiat :
 Buah putat juga boleh digunakan untuk mencegah kegatalan kulit dan mengubati beberapa jenis penyakit kulit. Pucuknya yang dimakan sebagai ulam adalah baik untuk kesihatan kulit, dan melancarkan perjalanan darah. Putat adalah herba yang sesuai diamalkan untuk awet muda. Buahnya yang diparut dan dijadikan jus ataupun ditampalkan pada bahagian muka boleh melicinkan kulit. Akar putat yang direbus, diminum air rebusannya dipercayai boleh mengurangkan keputihan dan boleh menyejukkan badan kerana ia mengandungi saponin. Daun putat yang ditumbuk bersama-sama beras, dipupuk atau disapu pada bahagian yang terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air dan mencegah ia merebak ke seluruh badan. Kulit pokok putat yang dikeringkan dan dibakar kemudian asap yang terhasil disedut pesakit resdung dapat mengubati resdung yang dialami.
Cara penggunaan:
Kegunaan Pokok putat berbuah sepanjang tahun dan buahnya yang muda boleh dimakan sebagai ulam. Pucuk putat lembut dan biasanya dibuat ulaman, kerabu atau sebagai ulaman dalam laksa




 
Nama ulam : Pucuk Kayu Manis
Nama saintifik : Cinnamomum verum

Khasiat : Bahan antikulat dan antibakteria.
Cara penggunaan: Pucuk diulam mentah.
 


 

Nama ulam : Pucuk Ganda Rusa
Nama saintifik : Justicia Gendarussa linn
Khasiat :
Tanaman ganda Rusa sebagai tanaman herbal yang dapat menyembuhkan : Luka terpukul, Tulang patah, Reumatik, Bisul;Sakit kepala dan Rematik
Cara penggunaan: Diulam mentah dan direbus untuk diambil airnya dan diminum.
 


 

Nama ulam : Pucuk Buah Pala
Nama saintifik : Myristica Fragrans
Khasiat : Membantu system penghadaman dan mengeluarkan banyak angin dalam perut.
Cara penggunaan: Pucuk diulam mentah.
 





Nama ulam : Limau Kasturi
Nama saintifik : Citrofortunella microcarpa
Khasiat : Ubat batuk, menghilangkan sakit tekak dan juga dapat menghilangkan bau ketiak.
Cara penggunaan:
Jus limau boleh diminum dan buah dan kulit boleh dimakan sekali untuk dijadikan ulaman.

Nama ulam : Buah beka
Nama saintifik : Oroxylum Indicum
Khasiat : Menambahkan susu ibu dan mengubat sakit kepala.
Cara penggunaan: Pucuk Muda diulam dan buah yang muda boleh dimakan mentah.




Nama ulam : Buah engkalak
Nama saintifik : Litsea Garciae.
Khasiat : -
Cara penggunaan:
Sebelum dimakan buah engkalak dipukul dengan senduk kayu bagi melembutkan dan menghilangkan rasa pijar sebelum diulam.





Nama ulam : Kacang bendi
Nama saintifik :
Khasiat :
Tahukah anda bahawa kacang bendi mempunyai banyak manfaat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Kacang bendi dikatakan amat bagus untuk perkembangan otak iaitu menguatkan daya memori otak dan kecergasan. Air rebusannya juga sesuai untuk disapu pada pelbagai jenis kudis dan bisul. Air rebusan yang dicampur gula boleh dibuat sirap ubat dan rawatan sakit kerongkong.
Cara penggunaan: Dicelur dan diulam dengan sambal belacan.
 

 
Nama ulam : Buah betik separuh masak
Nama saintifik : Carica papaya
Khasiat : Merawat buasir dan sembelit
Cara penggunaan: Diulam mentah dan dijadikan kerabu.
 

Nama ulam : Cekur
Nama saintifik : Kaempferia galangal
Khasiat :
Menyembuh pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut,batuk,perut memulas,bengkak,muntah,sakit urat saraf dan lain-lain.
Cara penggunaan:Dimakan mentah dan dicampurkan dalam kerabu.
 


 

Nama ulam : Cakar cikri
Nama saintifik : Polysias fruticosa
Khasiat : Melawaskan kencing dan penawar kepada sakit dada.
Cara penggunaan: Daun muda boleh diulam mentah.
 



Nama ulam : Pucuk cemperai
Nama saintifik : Champerein griffihii
Khasiat :
Selain sebagai sayuran, cemperai juga dikatakan baik untuk mengubati ulser dan sakit sendi tulang. Akar dan daunnya ditumbuk serta dibuat poltis untuk mengurangkan ulser. Air rebusan akarnya pula dapat mengubati sakit sendi tulang. Sayuran berkhasiat tinggi ini semakin hari semakin dilupakan.

 
Cara penggunaan: Pucuk dijadikan ulam dan buah boleh dibuat sayur.

 




Nama ulam : Pucuk Ubi Kayu
Nama saintifik : -
Khasiat :
Orang dulu percaya makan daun ubi dapat hilangkan pening atau sakit kepala selain daripada menjadi penghalang kepada masaalah tumor atau kanser. Daun ubi banyak mengandungi Vitamin A, B17 dan C serta bahan mineral seperti Kalsium, Posforan, Zat Besi dan serat. Protien dan Karbohiderat serta tenaga yang wujud dalam daun ubi akan menyihatkan kita. Penyakit cirit birit juga boleh disembuhkan dengan minum air rebusan daun ubi dengan masukan 900 cc air dan daun ubi sehingga tinggal 450 cc air sahaja untuk diminum. Makanlah daun ubi kayu untuk menyihatkan tubuh badan dan kurangkan risiko penyakit. 
Cara penggunaan: Pucuk ubi kayu perlu dicelur sebelum dijadikan ulaman.
 
 

Nama ulam : Jantung pisang
Nama saintifik : -
Khasiat : Boleh mencegah sembelit dan melancarkan proses pembuangan air besar.
Cara penggunaan:
Jantung pisang perlu direbus sebelum dipotong dan diulam dengan sambal belacan.

 


Nama ulam : Daun Kaduk
Nama saintifik : Piper sarmentosum
Khasiat :
Mengurangkan masalah sembelit dan masalah sakit gigi serta dapat menyembuhkan penyakit demam malaria.
Cara penggunaan: Daun kaduk boleh diulam mentah dan juga dicelur untuk dijadikan ulam.



 

Nama ulam : Pucuk Keledek
Nama saintifik : -
Khasiat : Boleh mencegah sembelit
Cara penggunaan: Dicelur dan dijadikan ulam.
 



Nama ulam : Kelor
Nama saintifik : Moringa oleifera
Khasiat : Meningkatkan tenaga dalaman dan membantu melancarkan proses pencernaan.
Cara penggunaan: Pucuk muda diulam mentah.




Nama ulam : Kemangi.
Nama saintifik : Ocimum citriodorum
Khasiat :
Khasiat daun kemangi sangat baik untuk melawan radikal bebas, ini karana daun kemangi memiliki anti oksidan yang sangat baik untuk melawan radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh kita dan boleh meningkatkan kesuburan.
Cara penggunaan: Pucuk daun kemangi boleh diulam mentah.

 


Nama ulam : Daun Kesum
Nama saintifik : Persicaria odorata.
Khasiat : Membantu sistem pencernaan.
Cara penggunaan:
Daun kesum boleh dijadikan ulaman serta memberikan aroma dalam masakan seperti asam pedas.

 




Nama ulam : Lobak merah
Nama saintifik : Daucus carota
Khasiat :
Bahan pencegah kanser dan membantu memulihkan masalah pengelihatan kerana kandungan vitamin A dan B yang baik untuk kesihatan mata.
Cara penggunaan: Boleh dicelur atau pun diulam mentah.
 


Nama ulam : Daun Pudina
Nama saintifik : Mentha arvensis 
Khasiat : Membantu sistem pencernaan dan boleh memulihkan cirit birit. Pudina berfungsi menyejukka  badan.
Cara penggunaan: Daun pudina boleh diulam mentah dan dibuat jus.

 




Nama ulam : Daun salad
Nama saintifik : Lactuca sativa
Khasiat :


1. Penawar kepada masalah insomnia atau gangguan tidur.
2. Kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, postasium, vitamin A dan C, magnesium dan zink.
3. Daun ini mengandungi karotin, saraf dan air yang dapat menghilangkan rasa dahaga dan bertindak melancarkan sistem pernafasan.

Cara penggunaan: Di ulam mentah.
 


 


Nama ulam : Sekentut
Nama saintifik : Paederia Foetida
Khasiat :Mengeluarkan angin dalam badan.
Cara penggunaan: Pucuk direbus dan diulam.
 




Nama ulam : Selasih
Nama saintifik : Ocimum basilicum.
Khasiat : Merawat masalah usus
Cara penggunaan: Daun selasih dimakan mentah.
 




Nama ulam : Daun Selom
Nama saintifik : Oevanthe javanice
Khasiat : Mengandungi vitamin c dan Zat galian.
Cara penggunaan: Diulam mentah dan dijadikan bahan kerabu.

 



Nama ulam : Terung Asam
Nama saintifik : Solanum macrocarpon
Khasiat : Memulihkan selera makan dan meransang selera.
Cara penggunaan:
Boleh dibakar dan dibuat ulam dan dicampurkan dalam masakan ikan untuk menghilangkan hanyir ikan.

 


Nama ulam : Cekur Manis / Pucuk Manis
Nama saintifik : S. androgynus
Khasiat : Mengandungi Vitamin K
Cara penggunaan: Dicelur sebelum diulam.

 




Nama ulam : Bangun-bangun
Nama saintifik : Plectranthus amboinicus
Khasiat :
Melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
Cara penggunaan: Daun pucuk diulam mentah
 




Nama ulam : Sambung Nyawa
Nama saintifik : Gynura sarmentosa DC, calacia procumberislou.
Khasiat : Menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan tekanan darah.
Cara penggunaan: Daun diulam mentah.

 



Nama ulam : Kaca Lima
Nama saintifik : strobilanthes crispus
 
Khasiat : Mengubati batu karang, kanser dan diabetes.
 
Cara penggunaan: Pucuk Muda dimakan mentah.
 











 


No comments:

Post a Comment